Patutlah banglo Sajat tak laku-laku sampai sekarang

Oleh ROSLAN ZAMAN

Rumah kediaman usahawan kontroversi, Nur Sajat masih belum mampu dijual walaupun sudah pun masuk 2025.

Memetik dari facebook ejen hartanah, Ishaq Marazi berkongsi masih belum ada lagi pembida yang masuk untuk membida rumah Nur Sajat yang berkedudukan di Kota Damansara itu.

Harga jualan sekarang jatuh kepada RM3.79 Juta dari harga pembelian hampir RM8 Juta sebelum ini.

Menurut Ishaq Marazi rumah berstatus mewah memang sudah untuk mendapat pembeli. Ini kerana pembelinya di kalangan orang kaya.

“Rumah orang kaya memang agak susah nak dapat pembida. Sebab pembida pun orang kaya juga.

“Mereka ada pilihan tersendiri dalam membeli rumah. Agak detail, dari segi rekaan, susunan, bahan, fasad dan lain-lain lagi. Mereka ada taste masing-masing,” kata Ishaq Marazi.

Untuk rekod, Nur Sajat sebelum ini membeli rumah banglonya itu dari usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri.

baca: Selepas dua tahun Sajat buat pengakuan masih lagi beragama Islam