Jika dilihat harga produk tempatan adalah jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan produk jenama dikenali di pasar raya.
Lebih mengejutkan ramai menggunakan alasan untuk sokong peniaga tempatan untuk mengkaburi harga mahal dikenakan mereka.
Menurut Bernama, sudah ada trend dimana pempengaruh dan usahawan kosmetik membeli produk kecantikan dari Thailand tanpa cukai serta kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata aktiviti ini bukan benda baru, malah semakin membimbangkan dengan banyak rampasan besar-besaran dibuat Pasukan Gerakan Am (PGA).
Rampasan dikatakan melibatkan produk kecantikan dan kesihatan yang dibawa masuk secara haram ke Malaysia.
“Pempengaruh (media sosial) dan peniaga kosmetik ini mengambil kesempatan membeli stok murah dari Thailand tanpa cukai, kemudian dijual dengan harga berkali ganda di Malaysia.
“Selain menjejaskan hasil cukai negara, lebih membimbangkan adalah risiko kepada pengguna kerana produk ini tidak menjalani pemeriksaan dan kelulusan KKM,” katanya seperti dipetik Bernama.
Jelas beliau, taktik digunakan adalah dengan membawa masuk produk melalui laluan tikus atau menggunakan individu tertentu.
Kebiasaannya, apabila menggunakan individu, jumlah produk diseludup adalah lebih kecil untuk mengelakkan pemeriksaan ketat di sempadan Malaysia-Thailand.
Pada masa sama, Razarudin memaklumkan pihak polis percaya ada rangkaian pembekal yang terlibat dalam penyeludupan produk kecantikan dari Thailand sebelum dipasarkan melalui pempengaruh terkenal.
“Pihak berkuasa kini memperketatkan pemantauan di sempadan dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang menjual produk kosmetik tidak berdaftar di pasaran tempatan,” katanya.
Baca juga: Tiada ‘income’ pakai Mustang dan BMW, anak muda disyaki terlibat dalam aktiviti seludup