“Patutlah macam familiar”, peniaga dobi teruja, tak sangka selama ini terima ‘job’ cuci karpet sejadah dari rumah PM

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengusaha dobi meluahkan rasa teruja kerana tidak menyangka rupa-rupanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelanggan tetapnya yang sering menghantar karpet sejadah untuk dicuci.

Kemusykilan berkenaan rumah banglo di Sungai Long itu terjawab selepas dia melihat rumah tersebut dipapar di media-media mengatakan ia kediaman milik perdana menteri.

“Patutlah bila tengok rumah di Sg Long ni rasa macam familiar.

“Dah beberapa kali mereka hantar cuci karpet sejadah bergulung-gulung dengan kami rupanya,” kata Siti Subaiyah Shahudin dalam perkongsian di Facebook baru-baru ini.

Wanita itu memberitahu, dia selama ini tidak pernah mengetahui pemilik kediaman tersebut walaupun sudah berkali-kali karpet sejadah dihantar ke dobinya.

Dia juga menganggap kemungkinan pemilik rumah sering menjemput tahfiz untuk solat bersama-sama, dan kerana itu menghantar bergulung-gulung karpet untuk dicuci.

“Tapi sebab tak kenal owner rumah, saya syak mesti tuan rumah ni selalu jemput budak-budak tahfiz solat sekali, atau beliau ada buat aktiviti kebajikan.

“Hari ini mereka hantar karpet-karpet sejadah beberapa gulung lagi untuk dicuci. Hari ini barulah saya tahu siapa owner rumah,” katanya

Di kesempatan itu juga, Subaiyaha turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Tambun itu yang sudi menjadi pelanggan tetap di dobi yang diusahakannya.

“Semoga owner rumah ini dirahmati Allah dan dipermudahkan menggalas tugas-tugas baru,” ucapnya.

Baca juga: Fahmi nafi beri arahan sekat Ridhuan Tee muncul di RTM

Baca juga: ‘Rancangan tebuk atap sudah terbantut’ – Orang ramai sokong permuafakatan lima gabungan parti