Selama ini ramai menyangka bahawa Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin adalah anak kelahiran Pulau Pinang dan dibesarkan di negeri itu.
Dalam satu perkongsian di stesen radio baru-baru ini, bos besar Mydin itu mendedahkan bahawa beliau sebenarnya dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan.
Memori waktu kecil sehingga meningkat dewasa semuanya berkisar di Kelantan dan bukannya di Pulau Pinang seperti sangkaan ramai.
Kata Ameer, beliau hanya dilahirkan di Pulau Pinang tetapi tempatnya membesar adalah di Kota Bharu.
“Saya ni cuma lahir di Pulau Pinang. Tapi hanya dilahirkan sahaja. Lahir pada 1956. Tapi arwah ayah saya berhijrah ke Kota Bharu pada 1957.
“Jadi pergi sekolah semua tu memang di Kelantan. Adik-adik saya semua memang banyak di Kelantan lah.
“Mydin pun sebenarnya mula dekat Kelantan,” kongsinya lagi.
Beliau membuat pendedahan itu ketika bercerita tentang pengalaman banjir sewaktu beliau masih kecil.
Baca juga: Baru tahu belajar sambil dengar muzik adalah perbuatan sia-sia, ini peringatan Dr Fadzilah Kamsah