Pelakon, Saharul Ridzwan berjaya meraih perhatian ramai baru-baru ini selepas membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isterinya iaitu Deena Amir kerana terpaksa menjual kereta miliknya.
Kereta jenis Honda Jazz itu adalah hadiah cukup istimewa daripada pelakon berusia 36 tahun terbabit buat isterinya yang dibeli pada 2020 sempena ulang tahun perkahwinan keempat mereka.
Tindakan Saharul itu telah mengundang perbincangan di media sosial di mana segelintir netizen tidak bersetuju dengan keputusannya manakala selebihnya menyambut baik pilihan tersebut demi kepentingan kewangan.
Terbaharu, tular pula satu rakaman berdurasi satu minit 12 saat di platform TikTok memaparkan kehadiran pelakon terbabit bersama ahli keluarganya di sebuah premis yang menjual kenderaan.
Rupa-rupanya, tujuan kehadiran pemilik nama sebenar Mohd Saharul Ridzwan Hashim ke premis tersebut adalah untuk mengambil kenderaan baharu dibelinya untuk kegunaan keluarga iaitu Toyota Alphard.
βTerima kasih di atas kepercayaan Saharul Ridzwan. Hari penyerahan yang cukup bermakna bersama seorang budiman sejati, bertutur dengan sopan dan menyayangi keluarga yang saya hormati.
βIni bukan kali pertama kami berurusan. Tetapi setiap kali bertemu, tetap rasa istimewa. Semoga kenderaan baharu ini membawa lebih banyak detik indah bersama keluarga tercinta!,β tulis akaun milik premis di ruangan kapsyen.
Dalam rakaman sama, dilihat Saharul sempat berkongsi alasan mengapa kenderaan tersebut akhirnya dibeli di premis berkenaan selepas setahun βmenolakβ kenderaan miliknya sebelum ini.
Menurut Saharul, layanan diterimanya di premis tersebut membuatkan dirinya selesa ekoran tidak pernah ditekan untuk membeli mana-mana kenderaan malah diberikan pilihan mengikut peruntukan pelanggan.

Baca juga: Hanya minta RM50 untuk bantuan kewangan, wanita menangis terharu lepas Pak Nil βtransferβ RM500