PAU 2015: Najib akui dugaan bertimpa-timpa sejak memimpin negara

Oleh MALAYSIADATELINE

Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengakui dugaan ke atas dirinya bertimpa-timpa sejak beliau memimpin negara. Namun beliau tidak akan menyerah kalah untuk terus berdepan merungkai permasalahan dalaman parti itu ketika menyampaikan ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 pagi ini.

Antara ucapan dasarnya itu beliau menyentuh krisis yang berlaku antara beliau dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal serta bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad

“Dalam mengharungi dugaan yang bertimpa-timpa ke atas saya, pada hemat saya kepimpinan itu bukan kebongkakkan, menongkat langit dan mengumpul orang di sana- sini untuk mengata dan menuduh sesuka hati.

“Seperti yang sudah saya katakan di Parlimen baru-baru ini. Memang benar saya Presiden dan pemimpin akan tetapi saya juga manusia seperti saudara saudari masing-masing. Saya ada perasaan juga, saya juga ada kelebihan tetapi bagi saya ‘I am a gentlemen.’

“Atas nasihat alim ulama saya tidak boleh menjadi seorang pengecut apatah lagi bacul. Sebab itu apa perkara ada jalan dan kaedah penyelesaiannya. Apa-apa kekusutan pun marilah berjumpa. Duduk berbincang. Kita boleh selesaikan melalui saluran yang betul. Saluran itu ditentukan perlembagaan parti.

“Jika sekalipun satu masa kelak ‘baten’ kepimpinan ini diserahkan, saya mahu memastikan isu berbangkit dilangsaikan malah keadaan parti dipulihkan sediakala,” ujarnya mendapat tepukan gemuruh perwakilan yang hadir di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Sebanyak 5,738 perwakilan terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung UMNO serta 993 perwakilan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) menghadiri persidangan kali ini.

Beliau juga menekankan prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada pucuk pimpinan dikalangan pemimpin dan ahli dalam parti dengan memahami Fasal Perlembagaan parti.

Berbalik situasi semasa dalam perlembagan parti bahawa amanah besar tanggungjawab seorang Presiden melalui iaitu pada Fasal  9.8.1 Perlembagaan Parti menjadi pemimpin utama dan tanggungjawab dalam perlembagaan parti.

Fasal 9.8.2 dengan terang memperincikan tanggungjawab dan amanah utama bagi seorang Timbalan Presiden membantu tugas-tugas Presiden.Fasal 9.8.3  tanggungjawab amanah Naib-naib Presiden membantu tugas-tugas Presiden dan Fasal 1.1.1.2.1 tanggungjawab hak ahli Umno ialah memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan dan berhak mengemukakan pendapat kepada parti.

Justeru katanya lagi, dengan memahami maksud perlembagaan itu barulah Umno mampu bergerak dalam ikatan kukuh dan sempurna kerana dipandu etika dan tata susila parti.

“Itulah rahsia dan formula sebuah parti politik yang bertahan lama,” ujarnya.

Katanya jika sifat kesetiaan ahli dan pemimpin tidak kental dalam mendokong kepimpinan utama pastinya sebuah kesatuan itu akan rosak binasa.

“Ketaatan dan kesetiaan bukan sahaja jadi nilai utama malah merupakan prinsip dan pegangan yang menjadi darah daging dalam diri setiap ahli Umno dari akar umbi dan pemimpin kanan, baru wujudnya displin serta ketersusunan organisasi besar seperti umno.

“Hukamah juga menyebut satu hak dan kebenaran yang tidak di waspada pun boleh tertewas oleh fitnah dan kebatilan yang dirangka rapi oleh pihak yang curang dan berniat jahat.

“Hukum kesetiaan disebut berulang kali antaranya dalam surah Annisa tentang tuntutan ketaatan kepada Ulul Amri . Jumhur ulama berpegang kepada pandangan dan nilai ketaatan sebagai wala’ iaitu memberi kasih sayang kepada pemimpin dan institusi kepimpinan itu.

Najib juga menyentuh krisis dalaman parti  berlaku antara beliau dengan Muhyidin, Shafie dan  MahathirKita tidak boleh pisahkan prinsip kepimpinan dan kepengikutan yang bersifat saling kait satu sama lain apabila ‘ diseru dan dipanggil kita datang, disuruh pergi kita pulang’ disitulah luhur prinsip kesetiaan dan ketaatan kata Ahli Parlimen Pekan ini.

Hubungan  dengan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

“Lagipun sepanjang saya menjadi ahli politik dan anggota pentadbiran semua orang tahu Najib Razak ini seorang yang tidak konfrantasi dan saya tidak pernah menjatuhkan sesiapa apatah lagi untuk mengkhianati parti Umno tercinta ini.

“Hampir kesemua yang terlibat dalam politik negara ini dan telah tercatat dalam lipatan sejarah bahawa Najib Razak pada  1997 untuk menyebelahi siapakah pucuk pimpinan Umno ketika itu, tetap untuk memilih taat dan setia kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir dalam pertahankan kedudukannya sebagai Presiden Umno dan mengekalkan dirinya sebagai Perdana Menteri,” ujarnya mengimbas kemelut Tun Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion

Perdana Menteri juga menyentuh isu berkaitan 1Malaysia Development Sdn. Bhd (1MDB) dan dana RM2.6 bilion dimasukan ke dalam akaun miliknya yang juga terkait dengan kreadibiliti kepimpinan beliau.

“ Dalam 1MDB saya ingin maklumkan dan pernah terangkan ia sedang ditangani dan dalam proses penyelesaian . Dah nampak dah penjualan syarikat Edra hutang 1MDB telah susut RM17bilion.

“ Ini menunjukkan pelan 1MDB berjalan dengan baik dan insyallah ia akan disusuli dengan pengumuman lain yang akan menyakinkan rakyat, kita selesaikan secara tuntas.

“Menyentuh RM2.6 bilion isu ini sudahpun di jawab oleh TPM (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) bacalah jawapan tu yang penting derma ini dari luar negara bukan diambil wang awam atau wang 1MDB dan saya sudah jelaskan dalam taklimat Presiden dua malam lalu.

“Saya dah jelaskan mengikut nasihat Peguam Negara saya tidak boleh cakap lebih daripada itu yang mustahak saya yakin berada di pihak yang benar dan kebenaran akan terbukti nanti.” Ujarnya.

Relevankah Umno masa ini?

Najib juga menangkis tuduhan sebahagian pemimpin dan rakyat negara ini yang mempersoalkan sama ada Umno sebuah parti yang relevan pada negara.Dalam ucapannya beliau menerangkan, cabaran terbesar ialah menghadapi perang persepsi di media sosial dengan membangkitkan sama ada Umno masih relevan atai tidak lagi relevan.

“Umno kerajaan yang mentadbir sejak puluhan tahun membawa Malaysia tercinta dari perdesaan dan perkampungan kini kita telah menjadi sebuah bintang timur bergemelapan di seluruh dunia.

“Terkini dalam laporan daya saing global 2015-2016 World Economic Forum (WEF) menunjukkan Malaysia ditangga ke 18 telah melonjak dua anak tangga daripadad 20 negara ekonomi dunia.

“Justeru mana mungkin orang-orang boleh mengatakan kita ‘Failed State’ atau pengemis dibawah kepimpinan saya ini. Mana mungkin.

“Banyak contoh saya boleh berikan antaranya Plumber Gas di lautan Caspien, pengurusan lapangan terbangan antarabangsa kedua di Istanbul, pelaburan Shell GAS merupakan pelaburan FDI terbesar di Kanada, penyediaan kesihata HHL Care Berhad merupakan syarikat kedua terbesar di dunia dan peyelenggaran Mena Metro di Mekah adalah hasil sumbangan anak-anak Malaysia di bawah perjuangan Umno,” ujarnya.