Pegang pesanan arwah, Alyph pilih tak berdendam, sentiasa maafkan orang

Oleh MAISARAH AISYA

Biasalah manusia pastinya ada melakukan kesalahan, baik kecil atau besar hingga ada yang sanggup bermusuhan.

Tapi ramai juga memilih untuk memaafkan agar tidak serabut kepala memikirkan masalah yang melanda diri.

Buat penyanyi rap dari Singapura, Alyph berpegang dengan pesanan arawah ibu agar tidak berdendam dan sentiasa memaafkan orang.

Menurut Kosmo! Online, Alyph atau nama sebenarnya Muhammad Alif Abdullah mengaku dirinya tenang dek berpegang akan kata-kata tersebut.

“Nasihat arwah ibu yang paling saya ingat ialah walau apapun orang buat pada kita, cubalah untuk memaafkan, hidup kita akan tenang.

“Kiranya jangan simpan dendam atau pernah berperasaan sedemikian terhadap sesiapa.

“Perkataan justice (adil) yang kita perjuangkan itu pada akhirnya akan menyakitkan hati sekiranya kita tak dapat kepuasan dalam melakukan perkara itu,” katanya menerusi video temu bual.

Tak perlu doa tak baik

Pada masa sama Alyph menegaskan bahawa sebagai manusia, tak perlu mendoakan balasan buruk, serahkan sahaja kepada Allah SWT.

“Kita perlu percaya kepada Tuhan dan cuba untuk maafkan orang yang sakiti kita.

“Pada masa sama, kita pun tidak boleh mendoakan yang buruk-buruk terhadap individu tersebut.

“Paling penting adalah fokuskan diri. Tengoklah, seiring masa berlalu, benda-benda pelik (balasan) akan jadi dengan sendirinya,” ujarnya positif

Baca juga: Phua Chu Kang selesa makan pakai tangan, akui lebih gemar nasi lemak Malaysia!