Di sebuah desa terpencil, di selatan tanah air, sebuah rumah kampung, serba sederhana sangat menarik perhatian.
Di hujung tingkap rumah beratap zink dan berdinding papan, berlansir warna oren itu berkibar bendera Jalur Gemilang, seperti menyertai perayaan sambutan kemerdekaan tanah air yang dirayakan sekarang.
Tuan rumah, seorang pekebun yang mengerjakan tanah pusaka yang agak luas juga, kelihatannya sangat patriotik. Rumah itu dicat baru, warna coklat muda, bersih, Laman rumahnya dihiasi jambangan bunga yang disusun rapi.
Orang kampung memanggil tuan rumah ini Pak Musa, pertengahan umurr, anak arwah Pak Andak Jaafar. Pak Musa tinggal bersama isterinya, Mak Ngah sementara anak lelakinya bekerja di Pekan, kira-kira tiga kilometer dari rumah.
Dua anak perempuan Pak Musa sudah berkahwin dan tinggal di bandar. Apabila pulang riuhlah rumah itu dengan empat orang cucunya.
Di zaman mudanya, ketika gelombang kemerdekaan tanah air sedang hangat, arwah Pak Andak Jaafar menjadi salah seorang yang sangat aktif dalam perjuangan kemerdekaan tanah air.
Dia ikut sama ke Melaka, menaiki bas bersama beberapa orang kampung ke Bandar Hilir, untuk mendengat pidato pengumuman tarikh hari kemerdekakaan oleh Tunku Abd Rahman Putera Al-Haj. Tarikh yang dipilih 31 Ogos 1957.
Suasana pada masa itu sangat meriah, di mana saja, Pak Andak Jaafar dan aktivis kemerdekan meneriakkan “Merdeka, merdeka” berkain samping, ada gambar keris, sambil menggenggam tangan dengan semangat yang berkobar-kobar.
Demikianlah cintanya mereka kepada tanah air dan betapa gembiranya mereka menanti hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Hampir seluruh perbualan baik di kedai kopi, di anjung masjid dan surau orang ramai bercakap mengenai hari kemerdekaan yang akan tiba tidak lama lagi.
Dibayangkan, orang putih tidak lagi memerintah tanah air yang tercinta ini. Mereka tidak akan dapat lagi memungut hasil cukai dan memunggah hasil kekayaan negara dibawa ke negara mereka. Negara akan diperintah oleh bangsa sendiri, berkulit sawo matang, bersongkok hitam.
Sebab itu. arwah Pak Andak Jaafar dikenang sebagai pejuang kemerdekaan di kampungnya, bersama kawan-kawannya yang lain.
Atas semua ingatan itulah, anaknya, Pak Musa yang mendiami rumah pusaka itu sentiasa bercerita mengenai perjungan ayahandanya dan teman-teman seangkatannya. Ketika iu Pak Musa sangat muda remaja.
Demikianlah di sebuah kampung di pendalaman, berkibar bendera Jalur Gemilang.
Kini rakyat teringat kembali, pada malam 31 Ogos 1957, di Dataran Merdeka di depan bangunan bersejarah Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur berlansung perhimpunan bersejarah itu.
Tepat pada jam 12.00 tengah malam, jam besar di bangunan tersebut berbunyi 12 kali, maka para pemuda yang penuh semangat menurunkan bendera Union Jack, lambing pemerintahan British selamaa ratusan tahun. Kemudian dinaikkan bendera Malaya.
Berkibarlah Jalur Gemilang yang kemudain ditambah jalurnya dengan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia di tahun 1963.
Perdana Mnteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, bersama Raja-raja Melayu dan semua yang hadir di Dataran Merdeka itu, berteriak ‘Merdeka! Merdeka! Merdek’ lalu wakil Kerajaan British pun menyerahkan watikah pemerintahan British kepada Tunku Abd Rahman, bermakna Malaya menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Kemudian Tunku pun berucap, memberi jaminan bahawa rakyat pelbagai kuum akan menjalani kehidupan yang harmoni.
Hari ini, kita mengingat kembali sejarah Jalur Gmilang itu dalam suasana yang sangat jauh berbeza. Pembangunan fizikal yang melimpah ruah, rakyat sudah demikian ramai yang terdidik di pelbagai pengajian tinggi. Namun sudah begitu ramai para pejuang kemerdekaan itu, seperti Pak Andak Jaafar tidak ada lagi berama kita.
Itulah Malaysia, Itulah Jalur Gemilang. Itulah sejarah kemerdekaan tanah air.Itulah ‘Bahtera Merdeka’ seperti yang didendangkan oleh penyanyi Wan Aishah Wan Arifin.