Seorang individu berkongsi situasi agak janggal yang berlaku di syarikatnya selepas majikan membuat peraturan tidak masuk akal untuk setiap pekerja yang ingin memohon cuti.
Menurut individu itu, bosnya menetapkan agar setiap orang berkongsikan ‘live location’ jika memohon cuti tahunan atau cuti sakit supaya tiada siapa yang menipu.
Dia bertanya kepada warganet adakah peraturan seperti itu normal dalam sesebuah syarikat.
“Bos saya cakap sekarang ada peraturan baru. Kalau nak cuti kena bagi live location
“Soalan serius. Normal ke majikan minta live location masa kamu mohon annual leave dengan alasan dia nak tengok betul tak saya pergi bercuti atau tak.
“Syarikat yang saya kerja, (sama ada) cuti sakit, cuti kecemasan, cuti tanpa gaji, cuti tahunan… semua kena bagi lokasi terkini,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Disebabkan peraturan baharu tersebut, ujarnya, setiap pekerja bukan hanya diminta menghantar lokasi keberadaan terkini,malah apa saja perkara berkaitan perlu dihantar untuk dijadikan bukti kukuh sebelum memohon cuti.
Seperti dijangka, ramai menganggap tindakan majikannya sebagai melanggar privasi dan tidak menghormati hak pekerja untuk bercuti.
Baca juga: ‘Kami dicemuh tamak dan bodoh, tapi sebenarnya ramai tak tahu cerita sebenar’ – Mangsa