Seorang pelajar Jepun yang datang belajar ke Malaysia mendedahkan pengalamannya yang berubah dari seorang yang negatif menjadi seorang yang lebih baik dan teratur dalam hidup.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh seorang penguna tiktok @atoooooooooooy yang menceritakan semasa hidupnya di Jepun, hidupnya penuh dengan hiburan dan aktiviti tidak sihat.
Ibarat masuk ke pusat pemulihan akhlak, hidup di Malaysia berjaya mengubahnya 360 darjah dari kehidupan asal.
@aottttttttyy.malaysia 3weeks have passed since I came to Malaysia😊 #fyp #04 #malaysia ♬ オリジナル楽曲 – Aoto
Dengan kapsyen berbunyi sebelum hidup di Malaysia sambil memperlihatkan momen hidupnya di Jepun yang cukup adventure tetapi bukan dalam persekitaran yang positif.
Dari bangun pagi, kemudian bersenam setiap hari serta bekerja secara fleksibel dan paling penting menjaga pemakanan yang sihat sepanjang berada di sini.
Dia akui sangat seoronok untuk menetap di negara Malaysia yang berjaya mengubahnya menjadi seorang yang baik.
@aottttttttyy.malaysia マレーシアもう大好きになってしまった🥺 #fyp #海外生活 #04 ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Menjengah ke ruangan komentar, netizen gembira melihat pelajar terbabit yang berjaya mengubah gaya hidup yang lebih positif dan bagus dengan hanya berada di dalam persekitaran di Malaysia.