Beberapa hari lalu negara seberang kecoh dengan pengakuan seorang selebriti Indonesia yang mendedahkan bahawa dirinya memasang susuk pelaris di wajah.
Tanpa berselindung, perkara tersebut didedahkan sendiri tuan empunya badan, Elly Sugigi semasa menjadi tetamu sebuah program podcast yang disiarkan di YouTube.
Pengakuannya menjadi bualan paling panas di Indonesia sehingga kini.
Kata Elly, dia memasang susuk bukan untuk kelihatan cantik sebaliknya berharap mendapat lebih banyak peluang pekerjaan.
“Bukan untuk cantik tapi nak dapat banyak tawaran kerja. Tapi apa orang lihat bukan kecantikan sebenar” katanya.
Pelakon itu berkata, dia memasang susuk berkenaan di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia pada kira-kira 14 tahun lalu pada 2010.
Proses itu dilakukan oleh seorang dukun yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Walaupun memakai susuk, Elly memberitahu dia masih seorang Muslim dan mengamalkan semua ajaran agama Islam.
“Saya masih ikut hukum agama, tetap solat. Susuk saya tak terganggu dengan perkara itu,” ujarnya laqi.
Bagaimanapun kata Elly, dia sudah pun membuang semua susuk di wajahnya kerana sedar perbuatannya itu salah dan berdosa di sisi agama Islam.
“Nak keluarkan susuk memang sakit sampai punggung saya keluar darah bercampur karat,” kongsinya.
Baca juga: Setahun ‘struggle’ nak dapat kerja, Haneesya Hanee menangis lihat ibu gadai emas