Pelakon veteran Roslan Saleh meninggal dunia

Oleh ROSLAN ZAMAN

Malaysia kini hilang seorang permata seni yang seringkali menghiasa di dinding tv iaitu pelakon veteran, Roslan Saleh yang disahkan meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh anaknya, Farahanis Roslan menerusi satu hantaran di media sosialnya.

Dalam hantaran tersebut, Farahanis turut berkongsi doa agar roh bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Innalillahiwainnalillahirajiun, dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya, Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi.

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Netizen titip takziah buat keluarga Roslan Saleh