Pelanggan mengeluh pengusaha restoran naikkan harga makanan hingga 40 peratus

Oleh KIM SYAZIE

Beberapa pelanggan membuat aduan mendakwa pengusaha gerai dan restoran ketika ini menaikkan harga makanan pada kadar 10 hingga 40 peratus lebih mahal.

Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid, kenaikan itu berpunca daripada bekalan bahan mentah yang mahal yang dikenakan daripada pihak pembekal.

Ini berpandukan alasan utama pengusaha makanan dan minuman bahawa mereka terpaksa menaikkan harga kerana harga banyak bahan mentah seperti minyak masak, gula, sayur-sayuran, ikan dan bijirin, telur serta daging yang mereka beli daripada pembekal telah dinaikkan.

Baca Artikel Penuh