Pelik, penduduk kampung jumpa puluhan duit kertas hanyut dibawa arus sungai

Oleh KIM SYAZIE

Sekumpulan penduduk terkejut selepas menemui sejumlah duit kertas yang dihanyutkan arus sungai ke parit berhampiran rumah mereka.

Lapor AFP yang memetik portal berita Lambe Turah, kejadian itu difahamkan berlaku di wilayah Jawa Tengah.

Rakaman video dimuat naik di laman Facebook menunjukkan orang ramai termasuk kanak-kanak berkumpul di dalam dan sekitar parit untuk mengutip wang.

Ada antara mereka sedang mengeringkan wang kertas not 5,000 rupiah (RM1.30), 10,000 rupiah (RM2.60) dan 20,000 rupiah (RM5) di pekarangan rumah. 

Lebih aneh, kesemua wang tersebut dibungkus di dalam plastik jernih.

Rakaman itu mencatatkan lebih 14,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Jangan sampai pemerintah nampak, nanti kena kebas,” kata seorang netizen. 

“Hati-hati, takut ada sesuatu yang kita tak nampak,” kata pengguna media sosial lain. 

Baca juga: ‘Allah dah kata jangan ubah apa yang diberikan’ – Sheila Majid anggap kecantikan dalaman lebih penting