Pemain bola sepak negara sah cerai talak dua

Oleh MALAYSIADATELINE

Enam tahun melayari bahtera perkahwinan, pemain bola sepak negara Faisal Halim sah bercerai talak dua dengan isteri Nur Syazwani Mizuana Sharil.

Perkara tersebut disahkan peguam Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader selepas berakhirnya prosiding pendengaran di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selango lapor Harian Metro.

“11 Jun 2025 talak pertama berlaku sabit kemudian pada hari sama mereka telah rujuk dan mahkamah dah sabit, memang rujuk berlaku.

“Akhir sekali talak kedua yang berlaku pada 10 November baru baru ini 4.20 petang itu pun mahkamah dah sabit.

“Jadi mereka bercerai kali kedua dengan talak kedua, dan sekarang ini ia dalam proses edah bermula 10 November 2025 sampai Januari 10 (2026) lepas itu waktu edah akan selesai,” kata Akberdin seperti dipetik Harian Metro.

Menerusi hantaran Instagram, tanda pagar ‘curangitupilihanbukankebetulan’ dikongsikan Syawani menjadi tanda tanya kewujudan orang ketiga dalam perkahwinan mereka.

“Alhamdulillah selesai semuanya, terima kasih Roshdan Sujak. Semoga seterusnya berpihak kepada saya doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya menjalani kehidupan di hari yang mendatang.

Media melaporkan Syazwani memfailkan penceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 2 September lalu.

Pasangan tersebut berkahwin pada Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Baca juga: Nur Sajat kongsi gambar waktu kecil, jadi bukti lahir dengan ‘jiwa perempuan’