Pemandu Alza berani potong garisan berkembar, langgar lampu isyarat

Oleh KIM SYAZIE

Tular satu video memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Alza dikesan melakukan kesalahan trafik dengan memotong di garisan berkembar.

Menerusi video yang dikongsi laman Negeri Sembilan Kini, Perodua berkenaan dilihat ‘cilok’ kereta di hadapan yang ketika itu sedang berhenti pada lampu isyarat merah.

Perodua Alza itu kemudian berhenti di hadapan kenderaan berkenaan sambil salah seorang penumpang membuka tingkap dan menunjukkan sikap kurang sopan.

Baca Artikel Penuh