Pemandu lori terkejut terakam kelibat entiti misteri dekat lebuh raya

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemandu lori terkejut apabila mendapati kamera papan pemuka (dashcam) miliknya merakam entiti misteri yang di sebuah lebuh raya di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS).

Entiti berwarna putih itu dikatakan kelihatan terapung di tengah-tengah lebuh raya sekitar pukul 2.30 pagi (waktu tempatan).

Memetik laporan Agensi, ketika kejadian, William Church sedang memandu lorinya menyusuri Lebuh Raya Beeline yang juga dikenali sebagai Laluan Negeri 87 pada 11 Mac lalu apabila dia melihat satu lembaga menyeramkan berjalan di tepi lebuh raya itu.

Dia memandu lori berkenaan berseorangan ketika melalui lebuh raya tanpa tiang lampu antara bandar Phoenix dan Payson serta menyedari lembaga tersebut hanya berdiri di tepi laluan berkenaan.

“Anda boleh melihat garisan (lebuh raya) menembusi kaki lembaga itu,” kata Church.

Berdasarkan klip video berdurasi enam saat itu, ia memaparkan satu lembaga misteri seolah-olah muncul dari udara nipis tetapi kemudian menghilang dari lebuh raya tersebut.

“Saya rasa ia bukan cahaya silau. Ia berpusat di satu tempat. Amat menyeramkan!” komen seorang pengguna di laman YouTube.

Baca juga: Rupa-rupanya hanya seorang wakil rakyat Terengganu ada tauliah ceramah