Seorang pembekal serai telah berjaya mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik satu perkongsian di akaun Facebook miliknya mengenai penanaman pokok tersebut.
Mana tidaknya, pemuda itu sanggup membongkarkan petua rahsianya diamalkannya dalam penanaman serai untuk mendapatkan hasil yang ‘gemuk-gemuk’ dan cantik.
Tular di media sosial, berikut kami kongsikan langkah-langkah menuai serai ‘gemuk’ yang boleh anda contohi daripada pembekal dikenali sebagai Tariq Syahman.
1. Untuk dijadikan benih, saya hanya akan memilih serai yang paling gemuk dan padat bahagian bawah.
2. Apabila sudah ditanam, benih ini akan mengeluarkan daun baharu. Ia akan kelihatan seperti mengurus dahulu sebelum akar, daun dan pokoknya matang.
3. Selepas pokok sudah cukup matang, serai yang kurus akan menggemuk semula dan ia akan mengeluarkan anak-anak pokok di sekelilingnya.
4. Jika kita tanam benih yang kurus, pokok berkemungkinan akan mati sebelum daun matang. Kerana pokok tak cukup simpan tenaga bagi proses pembesaran.
5. Pembekal berkenaan selalunya akan meletakkan dua sehingga tiga batang serai di dalam satu lubang.
6. Anak-anak pokok dikatakan akan tumbuh dengan lebih banyak sekiranya batang ditanam secara condong. Pembekal itu bagaimanapun sering menanam secara menegak.
7. Pada peringkat awal, pokok perlulah disiram dengan kerap kerana akarnya belum matang. Selepas sebulan, sudah boleh dibiarkan. Hanya siram ketika cuaca kering.
8. Boleh letakkan baja NPK hijau secara berkala. Sebaiknya, jangan pakai baja tahi ayam untuk mengelakkan tumbuhan serai dijangkiti penyakit kulat.
9. Tidak perlu ‘trim’ daun serai yang sudah merimbun. Sekiranya dirapikan, pokok akan mengeluarkan daun baru yang menjadi punca batangnya menjadi kurus.
“Ramai orang takut nak tanam serai sebab katanya ular selalu sembunyi dalam rumpun. Untuk yang duduk di kawasan yang dekat dengan hutan memang ada ular.
“Jadi perlulah berhati-hati. Tetapi kalau duduk tengah bandar, tinggal di apartment tanam sahajalah. Tiada ular yang muncul tiba-tiba sebab awak tanam serai.” Katanya.
Baca juga: Rupanya senang je nak buat kuah oden, tak perlu bayar ‘extra’, boleh makan ramai-ramai!