Pemilik perniagaan persoal pekerja mampu bagi RM20,000 untuk sale sebelum ‘demand’ gaji RM3,000

Oleh KIM SYAZIE

Tular video lakonan semula mengenai reaksi pekerja Sumber Manusia (HR) apabila graduan meminta permulaan gaji RM3,000.

Memandangkan tangga minima gaji Malaysia hanyalah RM1,500 yang dikira sangat rendah jika dibandingkan dengan ekonomi yang semakin meninggi.

Bagaimanapun pemilik perniagaan, @kapitankarl yang sudah berkecimpung dalam bidang ini selama 10 tahun membidas graduan yang memilih gaji permulaan yang tinggi.

“Mari bercakap berdasarkan fakta, boleh kalau nak gaji RM3,000 sebulan. Adakah itu menjamin anda mampu memberi sale (jualan) sebanyak RM20,000 sebulan?.

“Kenapa RM20,000, sebab standard profit adalah 10 ke 20 peratus daripada sale, maksudnya 20 peratus daripada RM20,000 adalah RM4,000,” ujarnya.

Seorang pemuda, @JatIkhwan membalas ciapan pemilik perniagaan itu dengan menyoal sama ada syarikatnya ada jabatan perakaunan yang membuat laporan kewangan.

“Bang syarikat abang 10 tahun ni ada akauntan? Kalau ada mesti dia dah buat laporan kewangan, gaji masuk dalam kos bukan profit.

“Jadi secara teknikal, syaikat yang perlu mengekalkan ia dan buat buat profit dan bukan hanya untuk individu,” katanya.

Ikhwan juga mengucapkan tahniah kerana memaklumkan kepada semua mengenai dirinya (pemilik perniagaan) yang buruk dan bodoh selama 10 tahun.

“Soalan paling penting, bang syarikat abang 10 tahun ni dah audited tak?,” bagaimana ciapannya tidak dibalas pemilik asal.

Baca juga: Wee kesal makanan banjir tiada kualiti, netizen minta penyelesaian bukan jadi tempat mengadu sahaja