Pemuda ditemui menangis, terketar-ketar lepas enam jam sesat dalam hutan, semua gara-gara ikut Waze

Oleh KIM SYAZIE

Seorang penunggang motosikal tersesat selama enam jam di dalam hutan di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah ketika sedang dalam perjalanan pulang ke rumah abang menggunakan aplikasi pandu arah, Waze.

Lapor Sinar Harian, lelaki berusia 32 tahun itu dikatakan bekerja di Pulau Pinang namun baharu selesai beraya di rumah rakannya di Sungai Lalang.

Dia bagaimanapun bercadang mahu menumpang tidur di rumah abangnya di Sungai Petani dengan berpandukan aplikasi trafik Waze namun tersesat sehingga masuk ke kawasan hutan kira-kira jam 1 pagi.

Baca Artikel Penuh