Di Hong Kong, terkenal dengan kawasan perumahan jenis pangsapuri yang mempunyai jumlah penduduk sangat padat.
Dahulu pernah tular di media sosial memaparkan keadaan penduduk di negara itu yang tinggal di sebuah bilik sempit kerana harga sewa dan jual beli hartanah di sana cukup tinggi.
Tetapi disebabkan beberapa kawasan perumahan flat di sana sering menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar, beberapa pengguna Twitter kembali berkongsi sedikit gambar-gambar memaparkan realiti sebenar kehidupan penduduk di Hong Kong.
Lebih mengejutkan, ada yang mendakwa biarpun gaji seorang individu itu sebanyak RM20,000 di Malaysia, mereka tidak mungkin mampu membeli sebuah rumah yang selesa di Hong Kong.
“Hong Kong, gaji kau RM20,000 sebulan pun pintu rumah tu hampir boleh bergesel dengan katil,” ciap pengguna magmalaysia sambil menyertakan pautan yang menunjukkan kehidupan penduduk di sana.

“Terkenal seluruh dunia disebabkan filem Transformers. Pelancong datang bergambar bergaya bak model. Tapi realiti kehidupan penghuni rumah flat di Hong Kong jauh berbeza. More pictures in comment section,” ciap @callmefye.
“Mungkin agak kasar ayatnya tapi saling tak tumpah ibarat cage di animal shelter,” tambahnya.





Baca juga: “Saya sangat percayakan dia”, Khairul Aming mohon maaf kes PA ‘kekwat’, akui silap percaya kawan
Baca juga: Penumpang ‘membuang’ dekat tempat duduk, Rapid KL bagitahu ini kejadian kali kedua