Ramai jelas menunjukkan kekecewaan terhadap penganjur perhimpunan ‘Freedom With Palestine’ yang berlangsung semalam.
Seharusnya pada ketika itulah rakyat menunjukkan rasa marah mereka kepada Israel yang menyerang penduduk Palestin hingga mengorbankan ribuan nyawa.
“Ini merupakan perhimpunan solidariti Palestin yang paling lemah pernah saya hadiri,” ujar pemuda tersebut dalam hanataran di Facebook.
Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE di Dataran Merdeka, kelmarin.
Menurut hantarannya di laman Facebook, tindakan penganjur yang tidak menghormati kebebasan bersuara telah menyebabkan ramai penyokong ‘down’ dan beransur pulang.
Jika dilihat di negara luar, ramai berkumpul dan melaungkan rasa marah mereka tapi di negara yang majoritinya Islam dihalang daripada berbuat demikian.
“Pelik tetapi benar. Sepanduk yang saya bawa itu tidak bersifat politik malah ia menyatakan sesuatu yang benar.
“Netanyahu adalah penjenayah perang. Mengapa kita perlu menjaga hati Amerika dan Israel?,” ulasnya dalam hantaran sama.
Malah ada peserta yang digelar zionis oleh pihak penganjur kerana lantang bersuara.
Menurutnya, perhimpunan sebegitu hanyalah demi para penganjur semata-mata dan bukan buat peserta.
“Benar, laungan takbir juga tidak dibenarkan, kononnya tidak mahu orang bukan Islam berasa tidak selesa.
“Sepatutnya, didiklah mereka. Takbir itu adalah laungan suci umat Islam yang bukannya bersifat ganas malah menyatukan.
“Penganjur cuba membawa perspektif kemanusiaan yang melampau hingga merendah-rendahkan agama dan tanah suci umat Islam dalam perjuangan Palestin,” katanya.
Menurut Kosmo, hantaran tersebut telah menerima 329 tanda suka dan 269 perkongsian di Facebook.