Pantang terleka dengan kerja, ada sahaja muslihat orang panjang tangan mengambil barang kepunyaan orang lain.
Seorang pemuda menerusi Facebook ‘Shopee Express Buat Hal Apa Hari Nih?’ mengadu mengenai seorang penghantar barang yang cuba mengambil telefon bimbit miliknya.
Menurutnya kejadian tersebut berlaku di MBE bahagian Sungai Nibong, Pulau Pinang.
“Saya letak phone dekat kaunter MBE sebab nak isi Consignment Letter sambil rujuk alamat syarikat dari telefon.
Masa tengah isi ada dua pekerja ni masuk MBE nak ambil parcel drop-off. Lepas dah isi, saya tolong angkat kotak yang nak kurier tu letak atas penimbang berat,” ujarnya.

Namun dalam hanya lima saat itu sudah mencukupi untuk si ‘panjang tangan’ mengambil telefon pintar pemuda tersebut.
Tidak mahu mengesyaki, lelaki tersebut menghampiri pekerja dan cuba melihat di bahagian belakang poket seluar pekerja itu dan akhirnya menjumpai telefonnya.
“Saya kata ‘ni telefon saya bang’. Dia panik kata ‘ingat tu phone kawan saya’ kemudian minta maaf,” tambahnya lagi.
Lebih mengejutkan wanita yang menjaga kaunter hanya buat tak tahu dengan perkara yang terjadi, tidak menegur kesalahan pekerja tersebut.
“Dalam telefon tu ada semua data syarikat dan peribadi. Jangan buat naya (jahat) dekat orang dan makan duit hasil keja haram,” kata pemuda tersebut.
Kalau rasa tidak mampu, buatlah kerja lebih masa atau carilah kerja sampingan yang halal. Tak perlu mencuri hasil titik peluh orang lain.
Baca juga: Banjir termenung di Batu Pahat, mungkin ambil masa hingga sebulan untuk surut