Pemuda persoal kenapa KFC tak buat Menu Rahmah, netizen jawab dah lama wujud cuma nama berbeza

Oleh KIM SYAZIE

Menu Rahmah diperkenal khusus buat golongan B40 di hampir 15,000 premis makanan dengan harga hanya RM5.

Mungkin selera tidak kena, pemuda ini persoal mengapa rangkaian makanan segera seperti McDonald (McD) dan KFC tidak melakukan perkara sama.

Tampil menjawab soalan pemuda tersebut, pengguna Twitter, Fitri Mn (@fitriiiiiimn) memaklumkan mengenai menu yang jelas tersedia sudah lama cuma dengan nama berbeza.

Menu Rahmah
menu jimat

“Sebenarnya McD atau KFC dah lama dah ada menu rahmah. Cuma McD guna nama ‘mix & match’, KFC pula guna nama ‘bowl’,” ujarnya.

“Dia tak tahu ke McD dah lama ada menu mix dan match? Cumanya sekarang dah jadi RM7 lah. Bolehlah beli buat ghaso ghaso (rasa-rasa),” tambah @mongka10

Pelbagai inisiatif sudah dilaksana kerajaan bagi membantu rakyat namun masih ada segelintir yang mahukan lebih ibarat diberi betis hendak paha.

Baca Artikel Penuh