Pemuda terkejut gerai di ibu kota caj RM5 untuk Nescafe O Ais ikat tepi

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemuda terkejut selepas dikenakan caj bayaran RM5 untuk Nescafe O ais ikat tepi yang dibelinya di sebuah gerai di ibu kota.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Nasz Burn, harga secawan Nescafe O sebenarnya berharga RM3.50.

Namun dia tidak menyangka ada penambahan caj sehingga RM1.50 apabila meminta peniaga gerai tersebut membungkus minumannya.

“Harga RM5 sebab bungkus. Minum RM3.50. Memang sekali ini jelah beli. Tak ada yang istimewa pun sampai RM5 ni.. haishh.

“Dah bayar untuk minum, bila cakap bungkus kene tambah lagi RM1.50. Harga nak sama dengan Menu Rahmah,” kata Nasz dalam laman kumpulan Facebook Bandar Baru Bangi Community (BBBC).

Meninjau ke ruangan komen di Group komuniti tersebut, rata-rata berpendapat caj yang dikenakan terlalu mahal kerana kebiasaannya peniaga hanya mengenakan bayaran RM0.50 sen untuk bungkusan plastik.

Baca Artikel Penuh