Seorang lelaki terkejut apabila sebuah bazar Ramadan di Kuala Lumpur didakwa mengenakan harga cekik darah apabila menjual sebiji telur mata pada harga RM4.50.
Dakwa individu itu, perkara pertama yang membuatkannya terkejut apabila tiba di ibu kota adalah harga telur yang dijual hampir menyamai harga seketul ayam goreng.
“Benda pertama aku terkejut sampai Kuala Lumpur hari ini adalah orang jual telur mata RM4.50 dekat Bazar Ramadan,” ciap Roni Yaakub.
Harga maksimum telur gred A ketika ini adalah 45 sen sebiji. Jika mengikut perkiraan, sepatutnya harga telur yang siap masak adalah sekitar 90 sen atau paling mahal RM1.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa terkejut selain menyifatkan harga dikenakan peniaga terbabit agak melampau.
Ada juga meninggalkan komen berbunyi; “Selamat datang ke Kuala Lumpur”, seolah memberi gambaran itulah harga perlu dibayar jika berada di ibu kota.
Sementara itu ada yang berpendapat harga sewa tapak kemungkinan meningkat menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga makanan.
“Melampau. Tapi pertamanya itu telur apa? Kalau telur unta boleh terima lagi. Kalau telur ayam bawa-bawa bertaubatlah. Yang membeli pun kena cerdik, tak payah beli,” komen pengguna X.
“Tolonglah boikot. Dia orang ni ambil kesempatan. Harga barang dah terkawal tapi saja naik harga. Selepas itu cakap harga barang mahal.
“Dia ingat orang tak pergi shopping ke apa. Kalau peniaga lagi lah depa beli harga borong lagi dapat murah. Cuma mengaku je lah nak untung lebih,” komen yang lain.
Baca juga: Malaysia kalahkan China dan Thailand, ini senarai negara terkaya di Asia pada 2023