Bab duit ni kalau nak dipinjamkan, tak kiralah saudara mara atau rakan terdekat, pastikan ada hitam putih tertulis.
Jangan terlalu percaya dengan kata-kata manis, masa nak berhutang pelbagai janji diberikan bila tiba waktu nak bayar terus menghilang.
Begitulah kejadian yang berlaku di sebuah mahkamah tinggi di Singapura apabila seorang wanita nekad menyaman rakannya SG$466,700 (RM1.56 juta) selepas gagal membayar hutang.
Menurut portal berita The New Paper, plaintif, Natasha Mak-Levrion, menyaman wanita terbabit, R. Shiamala untuk mendapatkan semula wangnya sebanyak SG$525,200 (RM1.76 juta).
Bagaimanpun, Natasha hanya mampu memberikan bukti urusan pengeluaran wang sebanyak SG$487,700 (RM1.63 juta) oleh wanita tersebut.
Pinjaman tersebut dilakukan dalam masa tiga tahun dan Shimala hanya membayar SG$21,000 (RM70,595)
Mahkamah kemudian mendapati Shimala masih berhutang sebanyak SG$466,700 dengan Natasha.
Dalam tuntutan mahkamahnya, Mak-Levrion menyenaraikan 43 pinjaman antara $1,000 (RM3,367.86) hingga $35,000 (RM117,875.44), dibuat antara 2016 dan 2019.
Setiap jumlah wang disokong oleh dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah, termasuk 800 halaman mesej WhatsApp yang bertukar antara dia dan Cik Shiamala, stub cek, penyata bank dan IOU.
Dalam penghakiman bertulis yang dikeluarkan semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Faizal memaklumkan untuk tidak senang beri kepercayaan kepada rakan.
“Kemurahan hati seorang rakan yang nampaknya tidak berkesudahan dan kepercayaan yang tidak kena pada tempatnya telah dieksploitasi oleh orang lain.
“Apabila tiba masanya untuk membayar, pihak lain (penerima hutang) yang mampu lakukan ialah mengelak, mengabaikan dan menentangnya secara berterusan,” ujarnya.
Baca juga: Ganjaran RM50,000 menanti, ini punca Randy jadi atlet Sarawak terkaya sekelip mata