Tular pencarian kanak-kanak berusia 19 bulan selepas dilaporkan hilang sejak malam kelmarin, bagaimanapun pencarian itu berakhir dengan tangisan.
Mayat kanak-kanak Hud Aryan Mohd Nor Hafifi ditemui terlekat pada pokok di tebing muara sungai di Kampung Kerila jam 4.20 petang.
Menurut Berita Harian, mayat tersebut dijumpai selepas 45 jam kanak-kanak itu dilaporkan hilang dan lokasi penemuan adalah kira-kira tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.
Mayat terbabit ditemui selepas 45 jam kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dengan lokasi penemuan kira-kira tiga kilometer dari rumah keluarga mangsa.
Menurut laporan lokasi penemuan mayat sudah beberapa kali dilalui sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan namun gagal mengesan mangsa.
Difahamkan, lokasi penemuan mayat itu sudah beberapa kali dilalui sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, namun ketika itu gagal mengesan mangsa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, mengesahkan penemuan mayat itu.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan keluarga turut diminta ke hospital.
“Mayat ditemui pasukan penyelamat dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bomba dan orang awam.
“Ketika kejadian paras air sungai tinggi dan hari ini air sudah surut mendorong kepada penemuan mangsa,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Media sebelum ini melaporkan Hud Aryan hilang dari rumah keluarganya dekat Kampung Aira Kuala Tiga, selepas disedari tiada dalam rumah kira-kira jam 7.20 malam oleh ahli keluarga.
Sebelum itu, Hud Aryan berada dalam rumah kerana diberi makan oleh ibunya sebelum wanita terbabit masuk ke dapur selepas selesai menyuap nasi kepada kanak-kanak terbabit.
Baca juga: Guru dituduh ‘boo’ ibu murid ambil tindakan undang-undang, hantar LOD lepas rasa maruah dipijak