Seorang pendakwah terkenal hari ini hadir ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman untuk diambil keterangan.
Difahamkan, pendakwah berusia lingkungan 30-an itu dipanggil bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan mengesahkan kehadiran pendakwah berkenaan.
Media turut melaporkan, kehadiran pendakwah itu disambut beberapa anggota polis berpakaian preman lalu mengepung penceramah itu sehingga wajah dia tidak dapat dilihat atau dirakam oleh media yang sudah menunggu sejak awal pagi.