Alah bisa tegal biasa, itulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada penduduk di Rantau panjang yang saban tahun menghadapi banjir.
Tiba penghujung tahun penduduk di tepi Sungai Golok pasti akan menghadapi banjir bahkan air di paras dada pun sudah menjadi kebiasaan pada mereka. Mereka pasti akan bersiap sedia apabila tiba musim bah.
Tetapi banjir yang kini sedang melanda penduduk Rantau Panjang agak luar biasa air naik bukan di paras pinggang atau dada bahkan bumbung rumah pun ada yang sudah tenggelam.
Salah seorang penduduk di Rantau Panjang meluahkan rasa kecewa dengan projek benteng di tepi Sungai Golok yang didakwa menjadi punca banjir luar biasa dan menjadi sejarah terburuk bagi mereka.
Pengguna Facebook yang menggunakan nama Dior Sarah meluahkan perasaan sedih itu walaupun rumahnya yang sudah ditinggikan saban tahun namun hanya bumbung sahaja kelihatan ketika bah hari ini.

Pembinaan benteng setinggi dua tiang elektrik satu projek yang bagus, malangnya kata beliau sepanjang benteng itu tidak ada satu pun pintu kunci air menyebabkan penduduk di situ terkepung seperti berada di dalam ‘akuarium’.
“Dan kami umpama dalam kawah atau aquarium yang hanya menanti pecah baru cepat air surut!”katanya.
Ikuti luahan penduduk Rantau Panjang ini.
Siapa yang kata kami tak terima qada qadar Allah sebab asyik dok salahkan benteng?
Mula-mula sekali kami ni bila keluar perut ibu memang dah hadap banjir dah, dan kami redha rumah kami kampung kami naik air kerana itu adalah fenomena alam semula jadi di mana taburan hujan lebat, air laut tinggi dan air sungai melimpah ditambah pula kampung saya ni berdekatan dengan sungai depan rumah Sungai Golok, belakang rumah Sungai Lubok Jong, kerana itu kampung kami sentiasa banjir… Alhamdulillah kami redha dengan seadanya.
Kami cuba tinggikan rumah dari asal saban tahun tetap air naik rumah jugak, kami masih redha, tida ada pun kami menangis merayu itu ini di media sosial pun, kerana penduduk kampung Sis bila masuk musim tengkujuh kami sudah bersedia dengan makanan kering bagi hadapi tempoh banjir.
Tapi kali ini banjir yang menimpa kampung Sis adalah terburuk dalam sejarah banjir… 80 tahun orang tua cakap tidak ada pernah tenggelam bumbung, kerana apa tahun ini paling menyayat hati? Seluruh Rantau Panjang, Pasir Mas merasa tempiasnya? Kerana… “Tambatan Benteng” yang tinggi lebih kurang 2 batang tiang elektrik tepi jalan.
Paling padah sepanjang benteng tu tidak ada satu pun gate air! Dan kami umpama dalam kawah atau aquarium yang hanya menanti pecah baru cepat air surut!
Apakah kami tidak berhak menyalahkan mereka? Kerana angkara mereka kami menangung musibah besar ini…apa kami perlu meratib ini adalah kententuan Allah?
Apa kamu yang beriman tak malu ke nak salahkan Allah untuk musibah ini? Padahal kami tahu punca ini dari tangan manusia.
Sekarang kami hari-hari menghentam projek tambatan ini, tapi bukan untuk apa yang terjadi hari ini… apa berlaku pada hari ini kami telah redha sepenuhnya sebab benda dah jadi.
Tapi kami nak tanya apakah bakal kami terima untuk bulan 11 tahun ini nanti?
Musim tengkujuh akan bermula bulan 11/22 apakah keadaan ini akan kami hadapi lagi atau apakah langkah kerajaan dan JPS selepas banjir surut?
Apa? Apa?