Sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia, majlis perkahwinan pasangan ini bertukar tragedi selepas pengantin lelaki tiba-tiba sahaja rebah.
Baru sahaja bergelar suami, merpati dua sejoli itu juga belum sempat mengambil gambar bersama untuk dijadikan memori.
Segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, pengantin lelaki itu malangnya tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.
Menamatkan zaman bujang di usia 48 tahun, pasangan itu memutuskan untuk mengadakan majlis di hari lahir nenek pengantin perempuan.
Hasrat untuk menggembirakan keluarga bagaimanapun tidak kesampaian apabila ajal dulu yang lebih awal menjemput lelaki itu.
Difahamkan, ketika kejadian berlaku, pasangan tersebut baru sahaja menyelesaikan sesi bertukar ikrar perkahwinan.
Mereka kemudian berjalan keluar dari dewan untuk mengambil gambar perkahwinan bersama keluarga dan sahabat handai.
Tiba-tiba rebah lalu tidak sedarkan diri, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Toraze Davis itu disahkan mati akibat darah beku.
Menyayat hati, majlis perkahwinan yang menyedihkan itu berlaku di Omaha, Nebraska, Washington, Amerika Syarikat.
“Ia adalah hari paling gembira dalam hidup Davis. Saya hanya dapat melihat senyuman di wajahnya dan betapa gembiranya dia,” kata rakan pasangan itu, Monica Miller.
Pengumpulan dana menerusi ‘Go Fund Me’ kemudian dilakukan untuk membayar perbelanjaan pengebumian Davis, lapor Kosmo!.
Baca juga: Walau cuma anak petani, gadis bertuah dilamar dengan mas kahwin lebih RM300,000