Jika benar seseorang itu berada dalam kesusahan pastinya mereka akan menerima apa sahaja bentuk bantuan diberikan.
Namun kini dilihat semakin banyak yang mengemis di atas jalan raya, lebih mengecewakan mereka ini dilihat seperti bukan warganegara Malaysia.
Menerusi satu video yang tular di Facebook, di lihat seorang pemandu kenderaan cuba menderma duit syiling sebanyak RM1 kepada pengemis yang sedang berjalan.
Bagaimanapun selepas melihat duit yang ada ditangan pemandu adalah dalam bentuk syiling, pengemis hanya berjalan tanpa mengambil wang tersebut.
“Duit syiling tak main lah, memilih,” ujar pemilik video.
Video yang dimuat naik semula pemilik Facebook Taman Sri Gombak menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
“Sebab tu aku tak bagi duit kat mereka ni, baik aku tolong kakak dan mak cik yang jual keropok dekat depan bank tu.
“Pernah juga dekat Prima Sri Gombak ada seorang mak cik tu minta derma sambil tunjuk surat, saya bagi RM1 tapi dia pulang balik duit dekat saya.
“Orang Malaysia kena pergi kerja cari duit tapi mereka ni semua hidup mudah dengan hanya tadah tangan dan memilih duit sahaja,” antara komen netizen di Facebook.
Baca juga: Wanita jual gelang emas dibeli 7 tahun lalu, untung lebih dua kali ganda! – “Nilai naik dekat 150%!”