Hero Malaya, Remy Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 42, berkata, penganugerahan tersebut adalah rezeki selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam dunia lakonan.
Untuk rekod, sepanjang 19 tahun melibatkan diri dalam dunia lakonan, Remy sudah berlakon hampir 40 buah filem.
Memetik Berita Harian, Remy berkata gelaran Datuk yang diterimanya tidak sedikit mengubah sikap dan penampilan dirinya.
Sebaliknya, Remy yang berasal dari Masjid Tanah itu berkata, tidak mahu orang lain menganggap beliau tinggi diri selepas beroleh gelaran Datuk.
“Saya tetap Remy Ishak sama seperti dahulu. Darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk ini sebenarnya tidak lebih kepada usaha menghargai jasa dan pengorbanan penggiat seni di negara ini.
“Saya menghormati penganugerahan ini yang secara tidak langsung memberi saya suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dalam bidang seni pada masa akan datang,” katanya ditemui semalam.
Remy adalah antara 60 penerima DPSM yang membawa gelaran Datuk.
Remy berterima kasih kepada Mohd Ali serta kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh atas penganugerahan yang sangat bermakna itu.
Baca juga: “Aku nekad selamatkan perkahwinan, ugut tular gambar penyondol kalau dia kacau suami lagi”