Pengumuman peluang jana pendapatan tambahan bagi B40 dalam masa terdekat

Oleh MALAYSIADATELINE

Kerajaan akan mengumumkan beberapa perkara penting dalam masa terdekat, termasuk membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan kepada lebih ramai golongan B40, sebagai alternatif supaya rakyat tidak perlu mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pada masa yang sama kerajaan juga mula melihat kepada dasar-dasar dan program-program yang boleh meletakkan sasaran pertumbuhan gaji melalui Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)  yang sedang berlangsung.

“Ini kerana kerajaan mesti ada kerangka dasar yang jelas untuk tempoh dua hingga lima tahun akan datang bagi memastikan kenaikan gaji itu tidak diserahkan semata-mata kepada pasaran, dan semua perkara-perkara ini berbentuk jangka masa sederhana dan panjang,” katanya.

Baca Artikel Penuh