Pengundi muda, jangan bagi mandat pada pemimpin kleptokrasi dan korup

Oleh NASUHA RAHMAN

Semua pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, diingatkan supaya tidak memberi mandat kepada pemimpin yang telah jelas mengamalkan kleptokrasi dan korup menjelangnya PRN tersebut Mac nanti.

Menurut Adun Kulim, KC Yeo pimpinan tersebut tidak seharusnya diberi mandat dan sokongan kerana ia akan memberi padah yang amat buruk bukan sahaja kepada kawasan Dun yang diwakili, tetapi juga impak kepada rakyat dan kerajaan negeri Johor.

“Pengundi Johor khususnya pengundi muda yang pertama kali mengundi kali ini harus diberi peringatan dan kesedaran bahawa kesilapan memilih calon akan memberi kesan buruk yang lebih besar bagi tempoh yang panjang

“Sekiranya telah jelas bahawa pimpinan dari kleptokrasi dan korup telah membuat pelbagai kerosakan sehingga rakyat derita dan sengsara, kenapa mereka perlu diberi sokongan lagi.

” Selain itu kluster mahkamah juga tidak harus diberi mandat oleh pengundi Johor sekiranya inginkan kepimpinan parti yang lebih telus dan ikhlas memperjuangkan nasib rakyat,” ujar beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri Kedah

Yang jelas tegasnya, Pakatan Harapan (PH) adalah khemah besar yang harus diberi mandat dan peluang sekali lagi kerana PH telah membuktikan bahawa ia mampu memberi perlindungan kepada rakyat Johor maupun peringkat Pusat yang lebih besar.