Pengurusan kewangan TH perlu lebih profesional, kata Raja Kamarul Bahrin

Oleh MALAYSIADATELINE

Lembaga Tabung Haji (TH) menghadapi masalah “kredibiliti, akauntabiliti dan ketelusan” dalam pengurusan kewangan mereka. Ini terbukti selepas Bank Negara mengeluarkan surat teguran kepada Tabung Haji, akhirnya Tabung Haji mengumumkan bonus tahunan 5 peratus dengan bonus Haji 3 peratus tanpa dividen di istiharkan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganau, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menegaskan, walaupun TH mengeluarkan berbagai kenyataan penafian mengenai masalah kewangan TH, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak sihat dengan pengurusan kewangan institusi itu.

“Dalam keadaan teguran Bank Negara tentang keadaan masalah kewangan Tabung Haji, dari mana dana bonus ini akan di ambil adalah satu misteri.

“Tabung Haji adalah satu institusi yang menguruskan simpanan orang beragama Islam yg berhajat untuk menunaikan tuntutan wajib Islam mengerjakan Haji sepatutnya pengurusan mestilah dengan penuh amanah dan profesional.

“Persoalannya mengapa tanah TRX- Sungai Besi yang diperolehi 1MDB dengan harga RM60 satu kaki persegi dibeli oleh Tabung Haji dengan harga RM2,700 satu kaki persegi masih belum terjawap!” ujarnya.

Kata beliau lagi dalam waktu yang singkat sejak dimiliki olih 1MDB tidak ada nilai tambah seperti infrastruktur lebuhraya, monorail, keretapi atau kemudahan asas utama lain apabila dijual kepada Tabung Haji.

“Apabila kontroversi timbul, Pengerusi Tabung Haji mengistiharkan beliau boleh menjual tanah tersebut dengan keuntungan lumayan dalam masa beberapa minggu! Sehingga kini selepas beberapa tahun ianya masih belum bolih dijual!

“Semalam Pengerusi Tabung Haji mengistiharkan nilai tanah tersebut hari ini adalah RM3,100 sekaki persegi. Itu adalah nilai diatas kertas sahaja. Soalnya dengan kontroversi yg menyelubungi tanah TRX-1MDB dan keadaan ekonomi yang muram, siapa yg berani menyentuhnya ?” soal beliau.

Lebih menghairankan lagi ujarnya lagi, tanah 1MDB di lokasi yang sama dijual kepada syarikat Antarabangsa Negara China dengan harga hanya RM400 sekaki persegi sahaja selepas beberapa tahun penjualan tanah kepada Tabung Haji ditahap RM2,700.

“Apa jua perkiraan sulit diantara 1MDB dan Syarikat tersebut, perbezaan penjualan ini berbanding kepada Tabung Haji amat jauh bezanya. Dimanakah profesionalisma dalam urusan jual beli Tabung Haji dahulu ?” katanya.

Raja Bahrin berkata, apabila isu perlantikan Peguam Negara sebagai ahli lembaga pengarah Tabung Haji beberapa hari selepas beliau mengistiharkan penamatan siasatan kes 1MDB, Pengerusi Tabung Haji menyatakan Peguam Negara tidak akan menerima apa apa imbuhan.

“Persoalan isu utama disini ialah untuk apa perlantikan itu kerana jelas Tabung Haji memerlukanlebih kepakaran kewangan untuk mengatasi masalah seperti dinyatakan oleh Bank Negara.

“Tidak beberapa lama dahulu kami telah dikejutkan dengan gaji amat tinggi lembaga pengarah Tabung Haji termasuk C.E.O nya.

“Bolehkah Tabung Haji mengistiharkan dengan terbuka gajilembaga pengarah mereka dan menjustifikasikannya memandangkan masalah kewangan yg sedang di hadapi hari ini? Rakyat berhak menilai,” ujarnya.

Penunaian Haji adalah tuntutan wajib dalam Islam. Sikap profesional penuh beramanah juga adalah nilai yang wajib dituntut dalam pengurusan kewangan Islam- apakan lagi dalam instituisi semulia seperti Tabung Haji .

Raja Kamarul Bahrin Shah