Niat nak mencari rezeki terpaksa dihentikan seketika selepas terlihat bayi yang masih bertali pusat ditinggalkan di premis perniagaan milik penjual ayam.
Bayi tersebut ditemui premis perniagaan di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih, Kemaman hari ini.
Menurut Kosmo, bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu ditemui di atas lantai tempat menjual ayam tersebut pada pukul 7.50 pagi.
Mohd. Yusrizal Azlan, berkata, dia yang mahu memulakan perniagaan tergamam menemukan bayi tanpa berpakaian tersebut.
“Sewaktu mahu menurunkan bekalan ayam dari lori, saya ternampak objek pelik di atas lantai kedai saya.
“Terkejut saya mendapati ia rupa-rupanya objek itu merupakan bayi yang masih bernyawa dan bertali pusat,” katanya seperti dipetik Kosmo!.
Mohd. Yusrizal berkata, badan bayi tersebut juga telah dikerumuni semut dan dalam keadaan menggigil kesejukan.
Katanya, dia kemudiannya menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan penemuan bayi berkenaan.
Baca juga: 2 jam menunggu, wanita kesal tak dapat buka akaun bank kerana status suri rumah