Pengunjung bazar terkejut dicaj RM10 untuk 1 cawan air, peniaga diam bila tanya harga

Oleh WAN SITI AMINAH

Alangkah terkejutnya seorang pengunjung Bazar Raya di ibu kota apabila dikenakan bayaran sebanyak RM10 hanya untuk secawan minuman dibelinya untuk menghilangkan dahaga.

Lebih memburukkan keadaan, wanita itu juga mendakwa menerima layanan yang kurang baik dari peniaga hingga memaksanya untuk tetap membayar caj dikenakan bagi mengelak berlakunya konflik.

Kejadian itu diceritakan semula oleh pengunjung terbabit menerusi satu hantaran video berdurasi 10 saat di aplikasi TikTok memaparkan kuantiti jus minuman berharga RM10 yang dibelinya di bazar berkenaan.

Dalam perkongsian tersebut, wanita itu memaklumkan bahawa kejadian bermula apabila dirinya memutuskan untuk bertanyakan harga air minuman pilihannya kepada peniaga terlebih dahulu.

Peniaga terbabit bagaimanapun hanya berdiam diri tanpa memberikan sebarang jawapan sebelum terus bertindak menuangkan air ke dalam cawan plastik dan memintanya membuat bayaran sebanyak RM10.

@mok.we60

X yah la beli Air Kat jalan Tar bazar Raya, Rm10 1 cup, bila tanya harga x nak jawab terus masuk kan air dalam cup cakap rm10..gila ini orang..Hati2 la sape nak beli air kat bazar Raya jalan Tar #fyppppppppppppppppppppppp #cekikdarah #jalantarkualalumpur

♬ suara asli – π†π‹Β»β€˜π€πƒΜ£ππ€β€˜ – π†π‹Β»β€˜π€πƒΜ£ππ€β€˜

β€œTak payahla beli air dekat Bazar Raya di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur ini. Satu cawan air jual RM10. Apabila ditanya harga, tak mahu jawab. Terus masukkan air dalam cawan plastik dan cakap RM10.

β€œGila ini orang. Hati-hatilah kepada sesiapa yang nak beli air dekat Bazar Raya Jalan TAR ini,” kata wanita itu dalam perkongsian yang sudah berjaya meraih 135,200 tontonan daripada pengguna TikTok setakat artikel ini ditulis.

Menerusi perkongsian di ruangan komen, wanita terbabit mengakui terpaksa membuat bayaran walaupun tidak bersetuju berhubung caj dikenakan kerana khuatir dengan keselamatannya di bazar berkenaan.

Pengunjung itu turut merasa bimbang jika berlakunya kekecohan di kawasan yang sesak dengan orang ramai sekiranya pesanan air minuman tersebut dibatalkan begitu sahaja selepas siap dibungkus oleh peniaga.

β€œTempat itu ada orang ramai, kita ini pula perempuan. Memang terkejut dan terpaksa bayar. Kalau kita beredar terus, risau berlaku pergaduhan pula nanti.” Jelasnya yang tidak mendedahkan nama gerai air minuman tersebut.

Walau bagaimanapun untuk menjawab persoalan orang ramai, wanita itu memberitahu bahawa gerai berkenaan terletak berhampiran dengan kedai Baju Melayu namun tidak pasti sama ada ia lokasi tetap atau sebaliknya.

Baca juga: Tembikai jatuh harga sampai peniaga jual 99 sen je 1kg, apa dah jadi?