Peniaga roti Arab tersipu diusik pertanyaan ‘mana Neelofa?’, muka dan suara mirip PU Riz!

Oleh WAN SITI AMINAH

Wajah seorang penjual roti Arab yang berniaga di sebuah gerai terletak di Bandar Sri Astana, Sungai Petani, Kedah telah berjaya menarik perhatian ramai pengguna media sosial tempatan baru-baru ini.

Mana tidaknya, rupa peniaga berkenaan dikatakan saling tidak tumpah dengan wajah pendakwah bebas iaitu Ustaz Muhammad Hariz Mohd Ismail yang lebih mesra dikenali sebagai PU Riz.

Perkara itu hangat diperkatakan selepas seorang pencipta kandungan memuat naik satu rakaman bersama dengan peniaga terbabit di akaun TikTok miliknya bertujuan bagi mempromosikan roti Arab jualannya.

Malah pencipta kandungan ulasan makanan terbabit juga sempat mengusik peniaga berkenaan dengan pertanyaan tentang keberadaan Neelofa iaitu usahawan selebriti yang juga isteri kepada PU Riz.

Difahamkan, pengulas makanan itu juga pernah memuat naik video bersama peniaga yang sama pada bulan puasa lalu dan orang ramai turut meninggalkan komen tentang kemiripan wajahnya dengan pendakwah terbabit.

@fariz96ikhwan_

@zahmanrotiarab Kini dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi di Bandar Seri Astana! @aniqazman5

♬ original sound – Fariz Ikhwan – Fariz Ikhwan

“Assalamualaikum PU Riz, mana Neelofa? Macam PU Riz. Ramailah orang cakap mengenainya di ruangan komen. Nama sebenarnya adalah Aniq. Sebelum ini saya pernah datang ke gerainya di bazar Ramadan,” kata pengulas makanan itu.

Berdasarkan video berdurasi satu minit 43 saat itu, dapat dilihat Aniq yang sudah tersipu-sipu dengan pertanyaan tersebut turut memiliki penampilan mirip PU Riz ekoran memakai kopiah dan memiliki jambang.

Setakat artikel ini ditulis, rakaman tersebut sudah berjaya meraih mencecah setengah juta tontonan dan 14,400 tanda suka dari pengguna TikTok yang mana rata-ratanya bersetuju wajah perniaga roti Arab itu mirip PU Riz.

Malah ramai juga pengguna terkejut apabila mendapati bukan sahaja wajah pemuda terbabit mirip PU Riz malah suaranya juga kedengaran tidak jauh berbeza dengan pendakwah bebas berkenaan.

“Weh, aku pun awal-awal tadi percaya juga yang ini PU Riz sebab muka dengan suara sama,” kata seorang pengguna tidak menafikan kemiripan wajah peniaga roti Arab itu dengan suami Neelofa.

“Lah, saya ingatkan PU Riz sudah tukar pekerjaan jual roti. Tiga kali saya ulang, baru faham rupanya ‘qarin’ PU Riz sahaja.” Ujar pengguna lain meninggalkan komen dalam nada berseloroh.

Baca juga: Individu tolak tawaran gaji RM9k hanya kerana tidak mahu bekerja dengan ‘Type C’