Peniaga roti canai hilang sabar, setiap hari pelanggan datang bawa makanan luar dan tinggalkan sampah

Oleh KIM SYAZIE

Seorang peniaga roti canai meluahkan kekesalan terhadap seorang pelanggannya yang sering datang sambil membawa makanan dari luar.

Bukan itu sahaja, apa yang membuatkan peniaga sedikit marah adalah apabila pelanggan itu dikatakan sering meninggalkan sampah makanannya di atas meja.

Difahamkan, pelanggan itu sudah beberapa kali buat perkara yang sama di kedainya. 

Sudahlah bawa makanan dari luar dan makan di kedai orang lain, ditinggalkan pula sampah sehingga pekedai perlu membuangnya. Mana lah peniaga tidak marah.

“Bukan apa, kau tengok dah lah bawa makan luar, nampak sampah? Kerja aku lagi,” katanya dalam satu video dimuat naik di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rupa-rupanya ramai yang tidak bersetuju dengan gaya peniaga tersebut yang dikatakan berkira dengan pelanggan.

Malah beberapa peniaga juga dilihat meninggalkan komen, mengatakan mereka tiada masalah jika pelanggan datang bawa makanan sendiri.

Peniaga itu juga dinasihatkan supaya lebih ikhlas, kerana pelanggan adalah rezeki.

“Dekat kedai aku tak ada masaalah pun siap aku beri pakai pinggan dan sudu garpu lagi. Pada aku siapa pun yang dayang ke warung aku tu rezeki dari Allah,” komen seorang peniaga.

“Minta pelanggan tu datang ke kedai kami, tiada larangan,” komen yang lain pula.

Video itu setakat ini ditonton hampir 1 juta kali dengan 14 ribu tanda suka.

Baca juga: Isteri dimaki suami kerana bersalin ‘czer’, ugut kahwin lain sebab badan sudah rosak