Peniaga selamba guna tong sampah letak sos ayam percik, netizen pula rasa kembang tekak

Oleh KIM SYAZIE

Memasuki minggu ketiga umat Islam berpuasa, kedengaran bermacam-macam rungutan terhadap peniaga di bazar Ramadan bukan sahaja mengenai harga makanan, bahkan kualiti dan kebersihan juga amat teruk dan menyedihkan.

Seperti satu rakaman video yang dikongsi page halalfoodiemy di Instagram, seorang peniaga dilihat menggunakan bekas tong sampah sebagai tempat untuk meletakkan sos ayam percik.

Dapat dilihat bekas tong sampah itu dipenuhi sos ayam percik dengan salah seorang peniaga mencelup ayam percik ke dalam sos di dalam tong sampah berkenaan.

Walaupun kemungkinan peniaga tersebut membersihkan bekas sampah itu terlebih dahulu, namun nampaknya netizen terasa loya melihat cara peniaga berkenaan mengendalikan kebersihan makanan jualannya.

“Kembang tekak nak beli pakai tong sampah. Pakailah tong lain. Dah terbiasa tong macam tu untuk letak sampah. Ye tahu tong tu tong baru,” komen sakuramyra.

“Bekas tong hitam tu bukan untuk letak makanan sebab nanti bahan kimia dari tong itu masuk dalam makanan bila kuah tu panas,” komen drsaifuldin.

Baca Artikel Penuh