Banyak peniaga yang dikatakan keresahan kerana kurang pengunjung yang hadir ke pantai di kawasan mereka menjalankan perniagaan.
Namun netizen tampil membidas kenyataan tersebut, bagi mereka harga yang terlalu mahal menjadi penyebab untuk tidak berkunjung ke tempat tersebut.
Seorang pengguna Twitter @IniAlalalannn menyoal tindakan sesetengah pihak yang meletakkan khemah buruk untuk disewakan.
“Memang suram la ceritanya, siapa ja nak pi PD (Port Dickson) la ni? Kena sewa khemah buruk bagai.
“Dengan yang tukang sewa buat pantai tu macam pantai mak pak depa (mereka) dah pajak 999 tahun. Koserrr (tak kuasa),” ujarnya.
Netizen bersetuju dengan ciapan dibuat pengguna Twitter tersebut, orang ramai lebih memilih untuk bawa makanan sendiri dari rumah.
“Itu bukan suram, tapi orang ramai bawa makanan sendiri dari rumah, nak beli peniaga ni jual mahal pula,” komen @apis2pm.
“Peniaga buah kat depan cekik darah. Beli buah dua cawan RM8. Bahagian dalam pula jual dua cawan RM5. Benda dah beli aku redho je laa,” ujar @Beyourself0207
Malah pengguna lain, @shikinfahmi25 mengadu harga untuk menyewa khemah diberi mengikut hari walaupun nak duduk sekejap sahaja.
“Betul, khemah mahal. Nak duduk sejam pun rate harga sehari dia bagi. Dah nego (berunding) pun tak dapat. Nak guna sejam je sebab lepastu nak balik dah.
“Tapi masih tak dapat budi bicara, akhirnya tak sampai 10 minit dekat pantai terus balik,” katanya.
Baca juga: Banyak kerenah di kaunter pam minyak, warganet kongsi dah bayar tapi tak isi