Penipuan ‘scam’ dan memperdayakan orang ramai, Prof Muhaya mahu lapor polis

Oleh NASUHA RAHMAN

Teknik penipuan ‘scam’ dan memperdayakan orang ramai, Pakar mata Prof Dr Muhaya Mohamad tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

Ini berikutan ada individu telah menggunakan gambarnya serta kepakarannya bagi melariskan produk kesihatan mata yang dikeluarkan mereka.

Dr Muhaya menjelaskan tindakan individu terbabit telah menggunakan gambarnya untuk memperdaya orang ramai supaya membeli produk tersebut.

Penipuan 'scam' dan memperdayakan orang ramai, Prof Muhaya mahu lapor polis
Pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambar Dr Muhaya untuk melariskan produk

Ekoran tersebar gambarnya itu Muhaya telah menerima pelbagai pertanyaan bahkan ada yang menelefon pusat pakar mata IKONIK beiau untuk bertanya tentang kesahihan artikel dan sama ada beliau yang mengesyorkan ‘supplement’ tersebut.

“Ia adalah satu penipuan dengan niat untuk memperdaya orang ramai membeli produk tersebut.

“Gambar saya semasa live dalam rancangan TV3 Wanita Hari Ini telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya di facebook.

Selaku doktor perubatan dan pakar mata, beliau tidak pernah menyarankan produk tersebut dan langsung tidak tahu menahu tentang kewujudan produk itu.

“Saya tidak pernah mengenali individu di dalam artikel tersebut,” kata beliau.

Bahkan beliau menasihatan orang ramai berhenti segera membeli produk terbabit dan segera mendapatkan khidmat daripada doktor yang sepatutnya.

“Saya percaya penjualan produk dengan menggunakan penipuan adalah suatu yang melanggar integriti dan mereka yang telah terpedaya untuk terus melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk memastikan orang ramai tidak terus tertipu dengan iklan tersebut.

“Saya akan membuat laporan polis dan tindakan susulan bagi berkenaan perkara ini,” katanya lagi.

Baca juga: