Penternak berputih mata, 6 ekor lembu dilelong majlis perbandaran sebab berkeliaran

Oleh KIM SYAZIE

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) melelong enam ekor lembu yang disita kerana dibiarkan berkeliaran lalu membahayakan pengguna jalan raya.

Jumlah sebenar lembu yang disita dan dirampas oleh MPM dalam Operasi Tangkapan Lembu Merayau itu adalah tujuh ekor.

Namun begitu, seekor lagi lembu telah dituntut lebih awal oleh pemiliknya dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM2,500.

Pemilik yang gagal menuntut baki lembu terbabit terpaksa berputih mata apabila haiwan ternakan mereka dilelong pada harga RM14,000.

“Pemilik yang ingin mengambil semula ternakan mereka tetap perlu membayar RM2,500 bagi menuntut haiwan ternakan tersebut.

“Dua ekor kambing dilelong pada tahun lepas juga dituntut oleh tuannya dan perlu bayar RM500 seekor,” kata Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md Salleh.

Baca Artikel Penuh