Penumpang Mas, Firefly tak perlu matikan telefon pintar dalam pesawat

Oleh KIM SYAZIE

Tidak lagi perlu mematikan telefon pintar semasa berlepas dan mendarat, Malaysia Airline dan Firefly jadi penerbangan pertama untuk melakukan hal tersebut.

Malaysia Airlines Group (MAG) yang mengendalikan operasi Firefly, MASWings dan Malaysia Airlines memaklumkan perkara tersebut berkuatkuasa 1 Julai.

Sebelum ini, penumpang perlu mengikuti peraturan untuk mematikan peranti (PED) semasa berlepas dan mendarat.

Ini termasuk telefon pintar, tablet dan sebarang peranti mudah alih kecil yang perlu disimpan di dalam poket di belakang kerusi.

Peraturan baru ini membolehkan peranti terus digunakan dalam mod penerbangan (airplane mode).

Baca juga: Ingatkan bujang sebab tiada gambar keluarga di media sosial, lepas ‘stalk’ baru tahu ada bini tengah sarat