Rapid KL hari ini mengeluarkan amaran agar penumpang bas awam mahupun tren menjaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling ketika berada di dalam perkhidmatan pengangkutan awam.
Ini selepas pihak pengendali pengangkutan itu memuat naik gambar memaparkan keadaan di tempat duduk dalam sebuah bas yang dikotori dengan najis.
Rapid KL menerusi hantaran Facebook berkata, kotoran itu bukan kesan makanan tetapi najis manusia.
Situasi itu menjadikan kali kedua berlaku bagi pihak Rapid KL.
“Para penumpang yang dihormati, kami ingin memohon kerjasama agar menjaga kebersihan diri serta kawasan sekeliling ketika di dalam bas mahupun tren, demi keselesaan bersama. Kerjasama serta perhatian semua adalah amat kami hargai.
“Disclaimer: Ini bukan makanan ye. Ini adalah najis manusia. Kejadian ini telah dua kali berlaku,” maklum Rapid KL.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen, ada yang memaklumkan kebanyakan pengguna bas Rapid KL adalah warga asing dan tidak mungkin rakyat Malaysia melakukan hal sedemikian.
Mereka juga mencadangkan agar pihak berkuasa meletakkan kamera CCTV bagi mengelak perkara seumpama itu berulang.

Baca juga: “Saya sangat percayakan dia”, Khairul Aming mohon maaf kes PA ‘kekwat’, akui silap percaya kawan
Baca juga: Kembali tersebar teori Ratu Elizabeth II keturunan Nabi Muhammad, pendakwah perjelas hal sebenar