Penyanyi kena tunggu slot, TikTokers juga jadi pilihan MeleTOP

Oleh KIM SYAZIE

Cara nak terkenal sekarang tidak sudah seperti dahulu malah bakat juga boleh diletak tepi jika anda ada banyak pengikut.

Cara cepat adalah buat kandungan di TikTok dan tular dengan aksi anda maka tak lama lepas itu ada yang melamar jadi penyanyi.

Bab suara ini tolak tepi sedap ke tidak, yang penting lagu tular di sosial media tanpa mengira positif atau negatif komen.

Terbaru program Astro, MeleTOP menjemput TikToker, Ratu farah untuk persembah lagu baru.

Disebabkan terlalu banyak komen negatif, pihak MeleTOP terpaksa menurunkan video nyanyia Ratu Farah.

Seorang penyanyi meluah rasa kecewa kerana terpaksa menunggu slot untuk promosi lagu tapi ‘artis’ seperti Ratu Farah cepat sahaja dapat masuk.

Jawapan yang selalu diterima Sharul Kamal adalah pihak MeleTOP perlu memeriksa kekosongan slot.

“Saya ni bekerja keras bertahun-tahun nak buat lagu yang ada kualiti.

“Kemudian nak lah promo lagu dalam program televisyen yang ada rating tinggi seperti contoh MeleTOP.

“Tapi sayang, selalu dapat jawapan ‘nanti kami check slot’. Apakan daya, kualiti macam ni yang ditagihkan,” katanya pada hantaran di twitter.

Rata-rata warganet bersetuju dengan kata-kata penyanyi tersebut kerana industri sekarang lebih mengejar rating daripada kualiti.

Baca juga: Paksa penumpang ‘install’ aplikasi dan bayar RM2, sekali pemandu bas cakap tak perlu tukar tiket