Penyanyi rock Barat pun tak ludah penonton – Warganet desak buat ujian urin ke atas vokalis Hujan

Oleh ARIF ATAN

Pemerhati industri muzik membuat perbandingan antara perangai vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh semasa persembahan pentas dengan kumpulan rock Barat ekoran insiden meludah di pentas.

Bahkan, semasa menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan istilah ludah pun, selebriti Barat tidak pula meludah ke arah peminat semasa di pentas.

“Slipknot bila perform lagu Spit It Out pun tak ludah crowd dia,” tulis pemilik akaun @najmiMiglia.

Teguran orang ramai itu ekoran aksi meloyakan Noh, 37, semasa persembahan sempena Konsert Hausboom Music 2022, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang.

Dalam masa sama, warganet juga berharap ujian urin dilakukan segera terhadap bekas suami aktivisis kemanusiaan Mizz Nina itu.

Baca juga Melintas masa lampu dah hijau, tak tengok kiri kanan – Apa berlaku selepas dia jauh melambung?

Baca Artikel Penuh