Kadar penyertaan tenaga buruh bagi November 2015 susut kepada 67.7 peratus daripada 67.9 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.
Katanya perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh lebih tinggi 0.2 mata peratus berbanding 67.5 peratus pada November 2014.
Kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.1 mata peratus kepada 3.2 peratus pada November 2015 berbanding bulan sebelumnya, kata jabatan itu dalam kenyataan mengenai ‘Perangkaan Utama Tenaga Buruh, Malaysia, November 2015’ di sini Jumaat.
“Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar pengangguran naik sebanyak 0.5 mata peratus.
“Kadar pengangguran pelarasan bermusim adalah 3.3 peratus, meningkat 0.2 mata peratus berbanding bulan sebelumnya,” katanya.
— BERNAMA