Peraturan haji semakin ketat, 10 tahun tak boleh masuk Arab Saudi kalau ingkar

Oleh MALAYSIADATELINE

Kebiasaannya mereka yang berpeluang mengerjakan haji perlu mengambil kelas mengenainya agar tidak melanggar peraturan ditetapkan.

Namun masih ada juga yang melanggar peraturan ketika musim haji hingga terpaksa didenda melebihi RM20,000.

Disebabkan itu Riyadh mengumumkan individu yang melanggar peraturan ketika musim haji tahun ini akan berdepan tindakan undang-undang.

Menurut portal berita Hurriyet Daily, antara dendanya adalah 20,000 riyal (RM23,040) serta dilarang memasuki Arab Saudi selama 10 tahun.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi juga sudah mengesahkan peraturan baru itu mula berkuat kuasa pada 29 April lalu dan akan dijalankan selama 44 hari.

Bagi mana-mana individu yang memaksuki kota Mekah atau tempat suci lain tanpa permit akan didenda 20,000 riyal.

Manakala bagi golongan yang membantu individu terbabit pula berdepan denda 97,500 riyal (RM110,242).

Bukan setakat itu, warga asing yang cuba menunaikan haji secara haram akan dihalau dan dilarang masuk semula ke negara itu selama 10 tahun.

Kementerian itu turut meminta jemaah mendapatkan permit haji khusus yang berasingan daripada visa masuk atau lawatan biasa ke Arab Saudi.

Baca juga: Ini reaksi suami lepas kantoi guna nama Harimau Malaya untuk simpan nombor isteri